Sunday, May 30, 2010

INFORMAL TEST FOR READING

Bahagian A
1.0      Definisi Informal Test
Informal test adalah satu bentuk ujian yang sangat luas dengan pelbagai jenis pendekatan penilaian yang secara langsung boleh dikaitkan dengan kurikulum dan hasil-hasil pembelajaran. Ujian ini dirangka secara spesifik bagi mengetahui secara lanjut tentang kebolehan, kemahiran serta keupayaan seseorang (Bredekamp, & Rosegrant, 1992). Penilaian ujian ini tidak mempunyai standard yang khusus. Penilaian ini bertujuan bagi membuktikan serta mengesahkan sesuatu ujian supaya keputusan yang dihasilkan adalah spesifik serta berkait dengan perkara yang dikaji. Menurut Sattler, (2002), informal test adalah ujian yang tidak mempunyai standard yang khusus bagi menganggarkan indeks iaitu tahap kebolehan seseorang.
Informal test tidak mempunyai syarat-syarat psikometrik, serta tiada definisi yang tepat bagi mentakrifkan informal test. Informal test adalah satu ujian yang boleh digunakan sebagai teknik kajian yang boleh digabungkan dengan pembelajaran bagi menilai tahap seseorang sama ada tahap pendidikan, kebolehan, keupayaan, kesesuaian skema pendidikan, dan banyak lagi. Penilaian bagi informal test adalah dibuat secara spesifik bagi mengetahui secara lanjut tentang kebolehan, kemahiran ataupun kekurangan seseorang. (Bredekamp, & Rosegrant, 1992).
1.1      Penilaian bagi  informal test
Kaedah untuk penilaian Informal test boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu kaedah tersusun dan kaedah tidak tersusun. Contoh-contoh bagi kaedah tidak tersusun adalah dengan melihat kertas kerja pelajar, majalah-majalah dan yang dikelolakan oleh pengkaji contohnya, borang soal selidik, pemerhatian dan sebagainya. Manakala  terdapat juga Informal test yang menggunakan latihan-latihan, soalan-soalan dan ujian yang direka bagi melihat dan mengesan masalah sebenar individu ataupun kumpulan tertentu. Cara pemarkatan bagi Informal test juga tidak ditetapkan secara psikometrik dan ujian ini tiada standard yang ditetapkan bagi pemarkatan. Bagi membuat permarkatan untuk ujian ini, kaedah bebas digunakan, pengkaji boleh menetapkan sendiri cara permakatan mengikut kesesuaian yang mereka kehendaki bagi mewakili kajian mereka.

1.2      Sejarah penaksiran informal
Informal test adalah satu penaksiran dilakukan ke atas kanak-kanak terutamanya selepas mengenalpasti ketidakupayaan yang dimilikinya. Ianya adalah ujian yang tidak rasmi serta tidak terlalu berprotokol tetapi mempunyai caranya yang tersendiri. Ujian mula digunakan sejak dahulu lagi. Tetapi jangkaan tepat mengenai bermulanya tidak dapat dikenalpasti. Penaksiran yang dibuat ini dalam komuniti seseorang itu dan interaksi sistem sosialnya dan mengambil tahu keperluan keluarganya dan bertimbang rasa yang akan mempengaruhi penilaian dan kemungkinan intervensi.
Ujian penaksiran oleh Oosterhof (1999), menyatakan bahawa majoriti penilaian bilik darjah dilakukan dengan ujian informal. Arahan yang diberikan oleh guru dapat dilaksanakan dan guru dapat membuat pemerhatian terhadap gerak kerja murid. Walaupun begitu, menurut Oosterhof, (1999), ujian ini boleh dirancang bersama soalan tidak rasmi dengan berpandukan kepada arahan, objektif dan masa yang ditetapkan. Guru mengenal pasti bentuk jawapan yang diberikan oleh murid. Pemerhatian yang efektif akan disertakan dengan rekod yang menggunakan cheklist  tidak formal (Oosterhof, 1999), serta disusun mengikut pemahaman guru tersebut (Good and Brophy, 1984).
Menurut Linder, (1993), kepentingan Trans-disciplinary Play based Assessment adalah digunakan semasa kanak-kanak bermain dengan seseorang yang rapat dan interaksi kanak-kanak diperhatikan oleh ahli kumpulannya. Ujian direka bentuk bagi membolehkan kumpulan berkomunikasi dan bermain menerusi kemahiran yang tidak diperhati. Menurut Bagnato & Neisworth, (1994), kombinasi informal play-based assessment dan aktiviti yang memberi peluang dapat meningkatkan tahap pencapaian seseorang (Grieve, 1992). Terdapat juga perbezaan penaksiran protokol yang terdapat dalam informal test ini iaitu berpandukan kepada penilaian berpandukan kurikulum kepada portfolio pelajar.
Terdapat beberapa penilaian tidak rasmi yang membawa kebaikan. Untuk peringkat awal, Brigance Inventory of Basic Skills – Revised  digunakan untuk mengukur keupayaan akademik dan perbandingan akan dibuat yang merupakan sampel yang standard. Ia digunakan untuk kelas pendidikan kanak-kanak pekak dan dapat menolong gurunya untuk mengembangkan matlamat dan objektif pendidikan. Menurut Taylor (2000), ianya amat efektif untuk digunakan dan dapat mengembangkan penghargaan kendiri pelajar. Penaksiran ini memberi pengetahuan kepada guru untuk menentukan keupayaan akademik tanpa menggunakan penilaian peralatan yang rasmi (formal assessment tool) (www.assesmentprotocol.htm). Pengukuran informal mesti mempunyai sebab untuk mengesahkan reliabiliti dan validiti, walaupun kurang penekanan terhadap ciri-ciri psikometrik. Prosedur penaksiran informal kanak-kanak dapat diterima kebolehpercayaanya dan kesahan termasuk pemerhatian, dan portfolio (http://www.eduplace.com).
Dengan penaksiran informal, ia adalah susah untuk memisahkan pengajaran daripada penaksiran. Penaksiran informal menjelaskan apa ang sepatutnya dilakukan oleh seseorang pelajar. Satu yang terbaik untuk menjelaskan dan mencipta kegunaan peralatan penaksiran informal adalah dengan merancang atau melihat ke belakang. Dalam erti kata lain, guru patut melihat jangkaan pelajar yang dikeluarkan dan berkembang penaksiran yang akan diukur walaupun sudah ditemui. Ini adalah penting untuk difikirkan tentang bukti yang diperlukan untuk mendemonstrasikan yang pelajar menemui objektifnya. Perancangan penaksiran mesti dilakukan bermulanya dengan perancang untuk aktiviti pembelajaran, material dan lain-lain. Setiap matlamat dikenalpasti untuk menentukan bagaimana sesuatu untuk diukur.
1.3      Peringkat Perkembangan Pembacaan
Menurut pada Lambdin (1996) pemerhatian, perbincangan dan temubual memberikan penilaian perkembangan kemahiran yang informal yang juga efektif selain penggunaan  penilaian prestasi yang lebih formal iaitu penggunaan penskoran melalui pemeriksaan. National Union of Teachers di United Kingdom juga mencadangkan bahawa ibu bapa juga patut bergantung pada penilaian professional daripada guru dan pakar perkembangan  selain daripada melihat perkembangan kanak–kanak melalui permarkahan melalui ujian yang formal.
Menurut Teori Chall (2002), kanak–kanak memulakan perkembangan membaca mereka dalam Peringkat 0, iaitu dari peringkat umur sejak lahir hingga umur 6 tahun. Dalam peringkat ini kanak–kanak membina pengetahuan berhubung huruf, perkataan, dan buku. Antara daripada kemahiran yang boleh dilihat dalam perkembangan membaca dalam kanak–kanak golongan ini adalah, apabila ibu membacakan kepada anak, anak pula akan memimikkan pembacaan tersebut, di sana kanak–kanak akan belajar mengekodkan dan terdapat perkembangan bahasa dari segi oral juga.
Dalam Peringkat 1 pula, iaitu golongan kanak–kanak yang berumur 6 hingga 7 tahun. Chall menerangkan bahawa perkembangan membaca dengan pengekodan (Decoding Stage) atau  Pembacaan Asas (Initial Reading) selari dengan apabila kanak–kanak mula untuk menyatukan huruf dengan gabungan pelbagai bahagian suku kata daripada perkataan. Antara daripada kemahiran membaca yang boleh dilihat pada peringkat perkembangan kanak–kanak ini adalah kanak–kanak tersebut dapat membaca kisah naratif dengan sendirinya, huruf yang mewakili bunyi, dan juga perhubungan pengejaan bunyi.
Dalam Peringkat 2,  Confirmation, Fluency, Ungluing From Print bagi golongan kanak–kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun memberikan perhatian kepada perkataan yang telah dicetak, memfokuskan kepada perkataan yang lebih umum, dan menggunakan ilmu yang didekodkan untuk mencari atau menyatakan elemen fonik yang lebih kompleks dan membuat generalasi. Kemahiran yang selari dengan perkembangan kemahiran membaca pada peringkat ini adalah kemahiran mengekod dan kelancaran serta kefasihan.
Dalam Peringkat 3, Reading for Learning the New bagi sekolah elementary, Chall menyatakan bahawa kanak–kanak mula membaca untuk mengetahui daripada belajar untuk membaca. Sekiranya, kanak–kanak menguasai pembacaan, maka mereka akan menghadapi masalah dalam pelbagai bidang matapelajaran. Kemahiran membaca pada peringkat sebelum hendaklah dikuasai sepenuhnya. Dalam peringkat ini, kemahiran yang kanak–kanak perlu kuasai adalah memperluaskan perbendaharaan kata, membina latarbelakang dan pengetahuan dan juga memperkembangkan tingkah laku strategik.
Dalam peringkat 4 dalam teori Chall, bagi golongan kanak–kanak yang berumur 14 hinggan 18 tahun. Chall menggambarkan perkembangan membaca mereka sebagai Multiple Viewpoints. Pada point ini, kanak–kanak mula untuk memperkembangkan kemahiran untuk  menganalisis teks secara kritis dan memahami pandangan dari segi pelbagai sudut. Dalam peringkat 5, peringkat terakhir dalam teori Chall, Construction and Reconstruction. Pada peringkat ini, individu mengkonstruk pemahaman dari segi analisis dan juga sintesis (Scholastic Red, 2002).
Pendekatan kurikulum yang seimbang diperlukan untuk mencapai matlamat sejajar dengan pelajar yang mempunyai tahap serta kemahiran pembelajaran yang berbeza, gaya pembelajaran yang berbeza dan mempunyai tahap keyakinan dan keberkesanan kendiri yang berbeza (Cooter & Reutzel, 2003). Kurikulum pembelajaran hendaklah bersesuaian dengan perkembangan kanak–kanak tersebut. Penaksiran secara informal secara individual adalah berdasarkan kepada kreativiti tenaga pengajar. Pengajar harus mengenalpasti perkembangan pembacaan setiap kanak–kanak supaya pengajar dapat menyesuaikan gaya pengajaran selaras dengan kebolehan kanak–kanak (Cooter & Reutzel, 2003).
1.4      Kelebihan Informal Test
Penggunaan Informal test sangat membantu dalam melakukan ujian tertentu terhadap subjek kanak-kanak bagi melihat perkembangan kanak-kanak itu dari segi keupayaan dan kemampuan yang dimilikinya. Hasil daripada keputusan itu mempunyai kesahan yang boleh dipercayai. Perancangan ujian yang dirangka dengan berhati-hati dan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak mengikut tahap tertentu. Oleh itu, hasil keputusan ini boleh dipercayai dan sahih serta boleh dilakukan diagnosis terhadap penilaian yang dilakukan.
Ujian ini boleh dilakukan hanya melalui panggilan telefon khususnya untuk menyoal perkara yang terlalu peribadi atau sulit. Kaedah ini mengembangkan soal selidik kerana  maklumat yang diperlukan untuk menilai soal selidik tidak boleh diperolehi di antara pemerhati dan pengamat. Tujuan ini digunakan untuk menggalakkan  penggunaan jenis soal selidik sebagai percubaan ketika pengujian lebih canggih, misalnya ujian split-sampel  yang terlalu mahal atau tidak perlu memenuhi tujuan pengujian. Objektif maklumatnya ujian ini yang relevan, mungkin mempengaruhi perancangan akhir soal selidik tersebut yang boleh diperolehi dalam informal test. Pemilihan sempel biasanya subjektif di mana maklumat yang mencukupi boleh diperolehi daripada 50-300 orang responden. Umumnya responden dipilih secara purposif berbanding secara rawak untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
1.5      Kekurangan alat kajian Informal Test
Kelemahan informal test adalah, ketidakmampuan untuk mengukur kesan anggaran non-sampling survey. Sumber potensi kesalahan non-sampling diketahui, Namun, boleh diatasi dengan kaedah seperti percubaan gelanggang sebelum tinjauan dilakukan. Sebagai contoh, ujian lapangan boleh digunakan untuk menghapuskan sebab masalah soal selidik yang boleh menyebabkan responden menjawab salah. Namun, di dunia nyata anggaran dan waktu, mungkin kuat dipengaruhi untuk mengabaikan langkah ini dalam mengembangkan soal selidik.  Jadi, masa dan wang yang dihabiskan untuk percubaan lapangan harus dipandang sebagai kos efektif dalam jangka masa panjang. Selain itu, percubaan tidak selalu memerlukan kos yang mahal untuk menghasilkan keputusan yang bermanfaat.

Rancangan penyelidikan informal test mungkin lebih penting daripada jumlah wawancara kerana penilaian subjektif tidak selalu dipertingkatkan dengan jumlah pemerhatian. Namun, sebenarnya ujian informal biasanya sederhana. Dalam perancangan faktor-faktor berikut harus kontra iaitu, sebuah keputusan harus dibuat mengenai apakah yang akan menguji turun kuesioner atau hanya sebahagian darinya sahaja. Jika hanya satu ujian yang dirancangkan, disarankan untuk menggunakan turun soal selidik kerana dapat tanggapan dipengaruhi oleh keberadaan dan ketertiban soalan dimasukkan dalam cadangan soal selidik. Untuk alasan ini, soalan dipinjam daripada tinjauan lain tidak boleh dihilangkan daripada pengujian ini.
BAHAGIAN B
1.0        Kajian kes
a.    Latar belakang klien
Nama                     : Mohamad Halim Bin Mahmud
Tarikh lahir              : 05 Julai 2003
Jantina                    : Lelaki
Umur                      : 7 tahun
Bangsa                   : Melayu
Agama                    : Islam
Bilangan adik-beradik : 5 orang (anak bongsu)
Pendidkan               : Darjah satu
Sekolah                  : Sekolah Ren. Keb. Inanam Laut, Kota Kinabalu, Sabah.
b.   Latar belakang bapa        
Nama                     : Mahmud Bin Motolani
Tarikh lahir              : 07 Januari 1962
Umur                      : 48 tahun
Pendidikan               : Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
Pekerjaan                : Polis
Agama                    : Islam
Bangsa                             : Melayu
c.    Latar belakang ibu           
Nama                    : Sukinah Binti Tukiman
Tarikh lahir              : 13 September 1967
Umur                      : 43 tahun
Pendidikan               : Sijil Rendah Pelajaran (SRP)                  
Pekerjaan                : Suri Rumah
Agama                    : Islam
Bangsa                             : Melayu

2.0        Prosedur menjalankan “informal test”
2.0.1 Mendapatkan kebenaran pihak-pihak tertentu.
Sebelum kajian dijalankan, pengkaji meminta kebenaran daripada pihak-pihak tertentu untuk menjalankan kajian. Pengkaji juga meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalankan kajian ke atas anak mereka sebagai responden.

2.0.2  Membina raport
Setelah mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalankan kajian, pengkaji perlu membina hubungan yang baik dengan responden. Hubungan perlu dibina bagi memudahkan pengkaji menjalankan kajian dan kanak-kanak selesa untuk memberikan maklum balas terhadap ujian yang diberikan.

2.0.3  Menjalankan prosedur ujian yang hendak dijalankan.
Ujian ini mempunyai enam peringkat. Peringkat pertama adalah berkenalan dengan huruf vokal dan huruf konsonan, peringkat kedua adalah membaca dan membunyikan, peringkat ketiga adalah mengeja dan membaca, peringkat keempat adalah membaca gabungan huruf konsonan-vokal-konsonan (k-v-k), peringkat kelima adalah membunyikan –ng- dan –ny-, peringkat keenam adalah mambaca cerita pendek. Setiap ujian yang dijalankan responden akan diberikan rehat selama 10 minit.

a)    kanak-kanak diberikan ujian peringkat pertama iaitu berkenalan dengan huruf konsonan dan huruf vokal bertujuan untuk memastikan sama ada kanak-kanak tersebut dapat mengenal dan mengecam huruf-huruf tersebut. Ujian pertama ini kanak-kanak ditanya sama ada mengenali huruf konsonan dan vokal. Jika tahu mereka diminta menyebut huruf-huruf konsonan dan vokal yang ditunjukkan. Pengkaji mencatat jumlah huruf yang dikenali.
Bb       Cc        Dd       Ff        Gg       Hh       Jj           
Kk       Ll         Mm     Nn       Pp       Qq       Rr           
Ss        Tt        Vv       Ww     Xx       Yy       Zz
 
Berkenalan dengan huruf konsonan





Oval: Aa Ee Ii Oo UuBerkenalan dengan huruf vokal
                               
b)   Kemudian kanak-kanak diberikan ujian peringkat kedua. Didalam ujian ini terdapat 15 subujian yang bertujuan untuk melihat sama ada kanak-kanak ini dapat membunyikan suku kata. Pengkaji meminta responden untuk membaca dan membunyikan suku kata yang diberikan. Jumlah suku kata yang dapat dibaca akan dicatat mengikut subujian.
  ba        bi       bu      be       be        bo
    batu                   bubu                 besi
    beri                                tuba                  bola
 
Membaca dan bunyikan.
Subujian 1:

  ca         ci        cu       ce        ce         co
    catu                    cuba                  cuka
    cari                     laci                    kaca
 
Subujian 2:

  da         di       du      de       de        do
    didi                 kedi                     daku
    dera                kuda                    sita                 
 
 

Subujian 3:
  ga         gi       gu      ge       ge        go
    gari                  gesa                     geli
    guna               gema                     lega               
 
 

Subujian 4:

  ha         hi       hu      he       he        ho
    hati                     paha                    hidu
    huda                   hobi                    dahi             
 
Subujian 5:
                                                                                
  ja         ji        ju       je        je         jo
    jeli                      jati                     jawa
    jeti                      jasa                   jari                
 
Subujian 6:

  ka        ki       ku      ke       ke        ko
    keli                     kasi                     koko
    kopi                    kasa                   saku            
 
Subujian 7:

  la         li         lu        le        le          lo
    lali                       kasi                      lili
    lusa                                kuli                       beli               
 
Subujian 8:
                                                                                      
  ma       mi       mu       me      me         mo
    madu                   meja                     menu
    maju                    mahu                   mami                                  
 
Subujian 9:                                                                            

  na        ni        nu       ne       ne          no
    nada                    nusa                     menu
    nafi                      nini                       sini          
 
Subujian 10:

  pa         pi        pu       pe       pe          po
    pari                    pipi                         peti
    pula                    peka                      padi          
 
Subujian 11:                                                                          


  ra         ri         ru        re       re          ro
    ragi                    ratu                        rupa
    reda                    kura                      duri          
 
Subujian 12:
                                                                                  
  sa         si         su        se       se          so
    sari                    seha                       peti
    sapi                                pasu                    gusi
 
Subujian 13:
                                                                                  
  ta         ti         tu        te        te          to
    tadi                    tiru                         rupa
    tali                      tawa                      tiba                
 
Subujian 14:

  wa        wi        wu       we        we        wo
    wafa                   wazi                      waki
    waba                  jawi                       jiwa                                                            
 
Subujian 15:                                                                       


c)    kemudian ujian peringkat ketiga diberikan kepada respoden. Ujian ini bertujuan untuk mellihat kemampuan responden sama ada mampu untuk membaca ayat pendek. Ujian ini terdiri daripada dua subujian iaitu membaca sebaris ayat pendek dan subujian kedua adalah membaca dua baris ayat pendek. Jumlah ayat yang dapat dibaca dicatat mengikut subujian.


a.    Ayah beli buku
b.   Ayah beli buku Ali
c.    Ali baca buku
d.    Buku ali merah
e.    Abu ada guli
f.     Guli abu kaca
 
Eja dan baca.
Subujian 1:



a)   Bapa beli bola                                             d)  Minah membeli buku
      Bola berwarna hijau                                        Buku itu bercorak bunga
      Minah suka akan bunga
b)   Ramu suka ciku                                         
Ciku itu manis                                             e)  Kaki Balan sakit
Ramu suka memetik ciku                                           Kaki Balan terpijak Kaca
Darahnya sangat banyak  
c)   Liza suka makan jambu                                 keluar dari luka itu
Jambu berwarna merah
Sedap jika di makan bersama kicap

f)    Wawa ada buku
Wawa suka baca bukuA
Wawa beri buku kepada Wanas
Wanas sangat gemar membaca

 
Subujian 2:








d)    responden diberikan ujian peringkat empat iaitu, responden disuruh membaca gabungan huruf konsonan-vokal-konsonan (k-v-k). Ujian peringkat ini terdiri daripada lima subujian. Ia bertujuan untuk melihat sama ada responden boleh membunyikan gabungan huruf k-v-k. Setelah responden disuruh membaca gabungan k-v-k, pengkaji mencatat jumlah gabungan huruf k-v-k yang boleh dibaca.
Bab              fab               lob               kub
Gib               web              cop              fab
Sebab                        kebab                        rejab              ratib
Debab                        karib              habib             morib

 
Membaca gabungan huruf konsonan – vokal – konsonan (k-v-k)
subujian 1:

Kad              mid               jed               kod
Bad               lad                pod              med
Salad              poskod           masjid            hudud
Zamrud          hasad             farid               samad                                               
         
 
Subujian 2:

Bah              sih                duh              neh
Teh              boh              gah              nah    
Abah              putih              aduh               nanah
Selekeh         gagah             zirafah           marah


 
 

subujian 3:
Bak              dik               duk              tok
Kek              cik                kok              guk
Ajak                adik                duduk                        bajak
Gemuk           muzik             masak                        kokok                        
         
 
subujian 4:

Kal               til                 mal              mel
Pul               zal                jul                cil
Takal              hasil               kerdil             kebal
Sampul          kesal              tombol           katil
 
 

subujian 5:


e)    Kemudian responden diberikan ujian peringkat kelima. Mereka diminta untuk membunyikan -ng- dan –ny-, au, ai, ua, ui, sy, kh. Ujian ini terdiri daripada lima subujian. Pengkaji akan melihat sama ada mereka boleh membunyikan –ng- dan –ny-, au, ai, ua, ui, sy, kh. Pengkaji melihat kelancaran responden tersebut membunyikan perkataan yang mempunyai suku kata tersebut. Seterusnya pengkaji mencatat jumlah perkataan yang responden dapat membunyikan dengan lancar.
Ang                        ing                         ung
Eng                        eng                        ong
Parang                       piring                         jagung
Sombong                  kampung                   gulung
 
Membunyikan -ng- dan –ny-, au, ai, ua, ui, sy, kh
subujian 1:
Nga                        ngi                         ngu
Nge                        nge                        ngo
Bunga                                    dungu                                    wangi
Ngilu                          singa                          pelangi
 
 

subujian 2:

Nya                        nyi                         nyu
Nye                        nye                        nyo
Punya                                    penyu                                    bunyi
Nyawa                       nyala                          nyanyi                              
 
     subujian 3:

Au                ai                 ua                ui
Pisau                          salai                           dua
Kalau                         julai                            rindui          
 
 

      subujian 4:
Sy                kh
Syarat                                    khas                           khabar
Syarikat                    syarah                       khurafat
 
                                                                                                     
     subujian 5:


f)     Kemudian responden diberikan ujian peringkat keenam. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sama ada kanak-kanak dapat membaca cerita pendek yang diberikan. Tajuk cerita pendek yang diberikan adalah ”keluarga saya”. Ujian peringkat ini diukur berdasrkan masa. Pengkaji akan mencatat jumlah masa yang diambil oleh responden untuk membaca cerita pendek yang diberikan.
Keluarga Saya
Saya ada ayah. Nama ayah saya Ramu. Dia bekerja sebagai guru. Saya ada ibu. Ibu saya bernama Rani. Dia seorang suri rumah. Ibu saya pandai memasak. Saya suka masakan ibu.
Abang saya bernama Kiran. Dia masih belajar di universiti. Kakak saya pula bernama Shoba. Dia sudah bekerja sebagai guru. Kakak saya amat baik hati.

 
 





2.0.4     Pemarkatan ”informal test”
Setiap total subujian maklum balas responden diberikan markah berdasarkan markat permarkahan.
1.    Ujian 1 :     
a.    Mengenal huruf konsonan (subtotal = ________________)

Markat
Penilaian
0 - 7
Lemah
8 - 14
Sederhana
15 - 21
Cemerlang

b.    Mengenal huruf vocal (subtotal = ________________)

Markat
Penilaian
0 – 2
Lemah
3 – 4
Sederhana
5 – 6
Cemerlang

Total Kumulatif : _______________






2.    Ujian 2 : Membaca dan membunyikan suku kata (subujian 1 – 15) (Sub total = ______)

Markat
Penilaian
0 – 2
Lemah
3 – 4
Sederhana
5 – 6
Cemerlang
Markat
Penilaian
0 – 30
Lemah
31 – 60
Sederhana
61 – 90
Cemerlang





          Total kumulatif = ___________

3.    Ujian 3 : Mengeja dan membaca

a.    subujian 1 & 2 : (subtotal = ________________)

Markat
Penilaian
0 – 2
Lemah
3 – 4
Sederhana
5 – 6
Cemerlang

Markat
Penilaian
0 – 4
Lemah
5 – 8
Sederhana
9 – 12 
Cemerlang
Total Kumulatif : _______________

4.    Ujian 4 : membaca gabungan huruf konsonan vocal konsonan (K v K) (subujian 1 – 5)
(subtotal = ________________)
Markat
Penilaian
0 – 2
Lemah
3 – 5
Sederhana
6 – 8
Cemerlang
Markat
Penilaian
0 – 13
Lemah
14 – 26
Sederhana
27 – 40
Cemerlang



Total komulatif = _________________

5.    Ujian 5 : bacaan (subujian 1 – 7) (subtotal = ________________)

Markat
Penilaian
0 – 2
Lemah
3 – 4
Sederhana
5 – 6
Cemerlang
Markat
Penilaian
 0 – 13
Lemah
14 – 28
Sederhana
29 – 42
Cemerlang


TTotal Kumulatif : _______________
6.    Ujian 6: bercerita (subtotal = ________________)
Masa
Penilaian
markat
0 – 30
cemerlang
6 – 10  
31- 60 
Sederhana
1 – 5
>61
Lemah
0




KESIMPULAN
 Informal test ‘ yang dirancang ini adalah berfokus kepada untuk menilai sejauh mana kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun. Responden yang di ambil secara rawak dari Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Kota Kinabalu, Sabah. Proses awal yang dijalankan adalah dengan membina hubungan yang baik dengan responden dan selepas responden memberikan maklum balas, ujian ini dilakukan. Ujian ini dirancang sebanyak enam peringkat. Di mana ianya dimulai dengan ujian yang mudah sehingga kepada ujian yang sukar. Ianya dijalankan secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak yang mendapat skor keseluruhan 221 – 147 (cemerlang), 146 – 72 (sederhana) dan 71 – 0 (lemah).
 Informal test for reading‘ yang telah dirancang terdiri daripada beberapa peringkat ujian iaitu mengenal pasti dan mengecam huruf vokal dan konsonan (ujian 1), membaca dan membunyikan suku kata (ujian 2), Mengeja dan membaca (ujian 3), membaca gabungan huruf konsonan vocal konsonan (ujian 4), bacaan (ujian 5) dan terakhir bercerita (ujian 6). Justeru melalui ‘Informal test ‘ yang dirangka ini dapat mngesan sejauhmana penguasaan kanak-kanak yang berumur tujuh tahun menguasai kemahiran membaca. Sekiranya kemahiran membaca mereka lemah, maka rancangan pengajaran yang sesuai dapat dirancang bagi membantu kanak-kanak tersebut.
RUJUKAN
Grieve, K.W. (1992). Play based assessment of the cognitive abilities of young children.
          Unisa: Pretoria.
Bredekamp, S., & Rosegrant, T. (Eds.). (1992). Reaching potentials: Appropriate curriculum and           assessment for young children (Vol. 1). Washington, DC: National Association for the           Education of Young Children.
Sattler, J.M., (2002). Assessment of children Behavioral and Clinical Applications. La Mesa:    California.
Cooter, R.B. & Reutzel, D.R. (2003). Strategies for reading assessment and instruction helping         every child succeed (2nd Ed.). Columbus: Merrill Prentice Hall.
Scholastic Red. Chall’s stages of reading devlopemtn: supporting developing readers. (2002).           Dimuatturun pada April 1, 2010, from
Dr. E.L. Suranimala Lekamge., A Study On Informal Assessment Methods Used In Classrooms        And The Use Distance Methods To Develop An Assessment Culture Among Primary       Teachers, Director, Primary Education, National Institute of Education, Maharagama, Sri       Lanka.
http://www.eduplace.com

No comments:

Post a Comment