Sunday, May 30, 2010

MENGKAJI SIMPTOM DISLEKSIA DI KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Oleh


Khairul bariyah
Siti Nurul Nazuwah Bte Ahmad Hassan
Zaleha Damanhuri


Sekolah Psikologi Sosial
Universiti Malaysia Sabah


ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti peratusan subjek yang berisiko mempunyai simptom disleksia mengikut gender. Kajian ini mengadaptasi instrumen The Dyslexia Early Screening Test (DEST) melalui kaedah Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD). Terdapat 10 subujian dalam set ini yang menguji ingatan memori, pengetahuan, kemahiran motor halus, deria persepsi dan keseimbangan tubuh. Seramai 6 orang subjek terdiri daripada 3 orang kanak-kanak perempuan dan 3 orang lelaki. Subjek kajian ini melibatkan kanak-kanak yang sedang mengikuti program pendidikan prasekolah di sekitar Kota Kinabalu. Pemilihan sekolah adalah secara rawak.

ABSTRACT
Objective this study is to identify percentage dyslexia symptom among subject follow on gender. The instrument of the study was adapted ‘fromThe Dyslexia Early Screening Test’ (DEST) renamed ‘Ujian Awal Pengesahan Disleksia’. The instrument included10 subtests including rhyme detection, memory recall, fine motor skill, sense perception, and posture stability. Subject totally 6 people consist from 3 girl and 3 boy they are age around 5 years old and 6 years old. The subject of  the studyis chosen through random subject from preschool in around Kota Kinabalu.



BAB 1
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Kebiasaan seorang kanak-kanak yang normal yang berumur sekitar 5 atau 6 tahun, apabila telah memasuki alam pra sekolah, mereka sudah mampu untuk membaca suku kata yang mudah, mampu mengikut arahan-arahan tertentu, mampu untuk membezakan bunyi-bunyian yang mudah seperti perbezaan bunyi loceng atau tepukan tangan serta apa jua perkara yang mampu dilakukan sebagai seorang kanak-kanak pra sekolah. Namun, jika seorang kanak-kanak itu tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara tersebut, kemungkinan kanak-kanak tersebut menghidap disleksia.

            Disleksia bukan merupakan satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Disleksia berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu  ‘Dys’ yang bermaksud kesukaran dan ‘Lexia’ yang bermaksud membaca. Menurut British Dyslexia Association  (2005), disleksia merupakan satu keadaaan yang semulajadi, di mana ia akan mempengaruhi banyak aspek fungsi dan proses pembelajaran, berikutan dengan kelemahan yang diidentifikasikan dari aspek proses menyebut, ingatan jangka pendek, urutan dan organisasi, persepsi visual dan auditori, bahasa lisan dan kemahiran motor. Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) mendefinisikan disleksia sebagai murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Kerr (1897) dan Kussmaul (1877) mendefinisikan disleksia sebagai kebutaan dalam perkataan (word blindness). Manakala menurut Eustis (1947), mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan dalam membaca yang spesifik (specific reading disability). Sementara menurut Kirk & Bateman (1962), disleksia merupakan ketidakupayaan dalam membaca (reading disability).

            Kanak-kanak yang menghidapi disleksia bukanlah dikategorikan sebagai individu yang bodoh atau lembab. Ini kerana tahap kecerdikan kanak-kanak disleksia adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lembab. Tahap kecerdikan bagi kanak-kanak yang lembab sekitar 70-80 atau kurang dari jumlah tersebut. Manakala bagi kanak-kanak disleksia pula, tahap kecerdikan mereka adalah sederhana atau melebihi dari tahap sederhana. Oleh yang demikian, ini bermakna disleksia tidak berkaitan dengan tahap kecerdikan.

            Menurut Jamila K.A Mohamad (2005), disleksia boleh dibahagikan kepada tiga ketegori iaitu disleksia visual, disleksia auditori dan disleksia  visual-auditori. Disleksia visual bermaksud kanak-kanak disleksia menghadapi permasalahan dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun mereka mampu untuk melihat dengan baik dan jelas, namun mereka tidak membezakan apa yang dilihat atau pun menginterpretasikan serta mengingatinya. Manakala disleksia auditori pula adalah berkaitan dengan masalah menggunakan deria pendengaran. Mereka mampu untuk mendengar tetapi mengalami kesukaran dalam membezakan bunyi, mengenal pasti bunyi bagi perkataan atau pun membahagikan perkataan dalam suku kata. Sementara disleksia visual-auditori pula ialah tahap disleksia pada tahap yang agak teruk. Jika seseorang kanak-kanak itu berada diperingkat ini, mereka akan mengalami masalah dalam menggunakan deria penglihatan  dan pendengaran . Ini kerana pendengaran dan penglihatan tidak dapat menafsirkan apa yang dilihat atau di dengar.

            Selain itu, penghidap disleksia juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.  Menurut Ott (1997), ciri-ciri disleksia dapat dibahagikan kepada beberapa aspek. Iaitu aspek umum, aspek pengamatan dan tingkah laku, aspek kecelaruan pandangan dan penglihatan dan aspek kemahiran motor.

Ciri-ciri bagi aspek umum ialah kanak-kanak disleksia ialah mereka mengalami   perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat, mengalami masalah membaca dan mengeja, keliru dengan perkataan yang hampir serupa seperti bunyi sebutan bagi huruf B dan P, sukar untuk mengikut sesuatu arahan dan menyalin sesuatu, sukar untuk menggunakan jalan yang berliku dan sebagainya. Ciri-ciri bagi aspek pengamatan dan tingkah laku pula ialah mereka akan mengalami kekeliruan dalam konsep arah, keliru dalam konsep masa, keliru dalam memakai kasut pada kaki yang betul, sering merasa tertekan dan mengalami konsep diri yang rendah. Manakala ciri-ciri bagi aspek kecelaruan pandangan dan penglihatan ialah apabila mereka mengeja, mereka akan mengeja dengan tidak konsisten, sering meninggalkan huruf pada pangkal perkataan seperti perkataan makan dieja menjadi ‘akan’, sering menambah huruf pada hujung perkataan seperti perkataa perkataan jaga dieja menjadi ‘jagar’, mengalami masalah dalam menyusun huruf, sukar memahami perkataan, mempunyai daya ingatan yang lemah dan sukar untuk membayangkan perkataan. Sementara ciri-ciri bagi aspek kemahiran motor ialah mereka mempunyai koordinasi yang lemah, lambat dalam melakukan aktiviti menulis, mempunyai pergerakan tangan yang luar biasa, sukar melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halu seperti memegang pensel dengan betul dan menggunting, sukar untuk mengimbangi badan, sukar untuk menaiki tangga dengan betul dan sebagainya.

Kanak-kanak mengalami disleksia dipercayai berlaku kerana cara otak mereka memproses maklumat yang diterima oleh mereka adalah berbeza dari kebiasaan.

            Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.



1.2 Jenis Kajian
Kajian yang dijalankan adalah kajian berbentuk tinjauan. Oleh yang demikian, data diperolehi melalui kaedah tinjauan.

1.3 Pendekatan Teori
(i) The Phonological Theory
            Teori ini menerangkan mengenai kesukaran bagi penghidap disleksia untuk menghubungkan bunyi dan simbol dalam pembacaan dan ejaan. Teori ini secara tidak lansung  menerangkan bahawa terdapat hubungan antara kelemahan dalam aspek kognitif dengan aktiviti pembacaan. Bukti untuk yang menyokong teori ini ialah yang mana penghidap disleksia mengalami kelemahan dalam ingatan jangka pendek  dan kelemahan dalam menamakan  sesuatu benda dan ini adalah perkara yang menjadi kebiasaan bagi yang menghadapi permasalahan dalam fonologi (Snowling, 2000, Ramus et al., 2003).

 (ii) The Cerebellar Theory
            Teori ini menerangkan yang mana penghidap disleksia mempunyai masalah dalam aspek untuk mengikuti sesuatu arahan, keseimbangan badan, kemahiran motor, kemahiran fonologi dan kepantasan memproses maklumat (Nicolson et al., 2001, Ramus et al., 2003, Fawcett, 2001). Permasalahan dalam aspek kemahiran motor adalah berkaitan dengan serebelum di bahagian otak. Ini kerana bahagian serebelum adalah berkaitan dengan kemahiran bahasa dan kognitif termasuklah dalam aspek pembacaan. Bukti untuk menyokong teori ini adalah kelemahan penghidap disleksia dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran motor, masa penilaian dan keseimbangan (Fawcett et al., 1996, Fawcett & Nicolson, 1999). 


(iii) The Magnocellular Theory
            Berdasarkan sejarah, kecelaruan dalam visual dan auditori adalah sesuatu yang berasingan namun kemudiannya ia telah digabungkan menjadi satu (Stein & Walsh, 1997, Tallal et al., 1998). Teori ini lebih menekankan kepada permasalahan dalam aspek visual dan auditori bagi penghidap disleksia dan ia adalah penyumbang kepada masalah dalam aktiviti pembacaan. Ini bermakna, teori ini menafikan bahawa masalah fonologikal bukan penyebab dalam masalah pembacaan bagi penghidap disleksia. Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi anatomi otak bagi penghidap disleksia dibahagian visual dan anatomi.

1.4 Statistik
Kajian oleh Noraini, Abdul Razak, Norazizah, Adnan dan Siti Eshah (1999), menunjukkan seramai 3 103 (9%) daripada 34 178 kanak-kanak prasekolah adalah terdiri daripada kanak-kanak berkeperluan khas pelbagai kategori. Statistik Jabatan Pendidikan Khas sehingga November 2000, bahawa 65.8% kanak-kanak di program Pendidikan Khas bersamaan 8053 daripada 12 227 orang kanak-kanak adalah bermasalah pembelajaran. Kenyataan ini harus  mengambilkira bahawa salah satu kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah disleksia dimana mereka turut mengalami masalah kecelaruan bahasa dan pertuturan.

1.5 Permasalahan Kajian
Kanak-kanak yang mengalami disleksia sering dianggap lembab atau bodoh. Mereka juga sering dianggap nakal, degil dan tidak mendengar kata. Hakikatnya mereka tidak sedemikian dan ini berlaku disebabkan cara mereka memproses maklumat adalah berbeza dari individu yang normal.

Melalui kajian ini, kita akan dapat mengetahui simptom disleksia dengan lebih awal seterusnya dapat membantu kanak-kanak tersebut dengan kaedah-kaedah tertentu supaya mereka tidak ketinggalan dan seiring dengan kanak-kanak yang normal.

1.6 Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat simptom disleksia di kalangan kanak-kanak prasekolah yang berumur antara lima hingga enam tahun mengikut gender. Mungkin daripada hasil kajian ini, pengkaji dapat melihat sama ada kebarangkalian lelaki atau perempuan yang berisiko untuk mengalami masalah disleksia. Hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih berisiko untuk mengalami disleksia.

Hipotesis 1: Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom  disleksia daripada kanak-kanak perempuan.

1.7 Kajian Lepas
Kajian yang dijalankan oleh Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor. (2005) adalah mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simptom disleksia, peratusan berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasai oleh sampel. Sampel seramai 40 orang dari dua kelas prasekolah di dua buah sekolah berbeza di Negeri Sembilan yang dipilih secara rawak. beliau mendapati 11 orang menunjukkan simptom berisiko disleksia, 6 orang sangat berisiko mempunyai simptom disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai berbanding kanak-kanak perempuan. Kegagalan melebihi 40 peratus bagi subujian menamakan abjad atau huruf, mengenalpasti rima atau sebutan huruf pertama dan membezakan bunyi.

Kajian “Satu Tinjauan ‘Prevalence’ Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran pada Tahap 1 Sekolah Rendah Mengikut Persepsi Guru” dijalankan oleh Khadijah Rohani Mohd. Yunus dan Zalizan Mohd. Jelas adalah meninjau kekerapan dan jenis masalah pembelajaran yang dialami oleh murud-murid di tahap 1 sekolah rendah di tujuh kawasan yang telah dikenalpasti. Sejumlah murid seramai 20,850, seramai 2682 murid telah dikenalpasti oleh guru-guru mereka sebagai bermasalah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekerapan berlakunya masalah pembelajaran di tahun satu dan dua hampir sama (35.3% dan 35.5%) manakala kekerapan pada tahun tiga menurun (29.3%). Kajian ini juga mendapati bahawa lebih ramai murid lelaki (62.7%) mengalami masalah daripada murid perempuan (37.3%). Dan aspek masalah yang paling tinggi adalah penggunaan bahasa (73.8%).

Kajian yang dijalankan oleh Prof. Dr. Burkhart Fischer pada tahun 1997 berkenaan dengan kanak-kanak yang berhadapan dengan risiko kegagalan dalam membaca. Kajian ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur antara lima hingga tujuh tahun. Seramai 826 sampel telah diambil dari kalangan kanak-kanak yang berumur antara empat hingga lapan tahun. Beberapa subujian telah dilakukan ke atas kanak-kanak ini. Ujian ini mengandungi empat subujian kesedaran fonologikal, iaitu subujian kadar pertuturan dan subujian pemahaman surat. Kajian ini telah menggunakan alat ujian Phonological Abilities Test (Muter et al., 1997). Kajian ini telah menggunakan teori fonologikal untuk menerangkan kajian yang telah dijalankan.

Kajian yang dijalankan oleh Tarnopol dan Tarnopol pada tahun 1981 adalah mengkaji kekerapan disleksia yang berlaku mengikut bahasa. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak dari 26 buah negara iaitu Venezuela, Jepun, dan China. Dapatan kajian mendapati negara yang kerap mengalami disleksia adalah Venezuela sebanyak 33%, Jepun dan China sebanyak 1%. Kajian yang sama pada tahun 2001 yang dilakukan oleh Grigorenko mendapati negara yang menggunakan Bahasa Inggeris mengalami kekerapan disleksia sebanyak 20% dan Jerman 5%.

Kajian yang dilakukan oleh Dennis dan Victoria Molfese dari Universiti Illinois Selatan adalah berkenaan dengan disleksia berpunca dari masalah otak memproses bunyi dalam otak. Dalam kajian ini menyatakan kanak-kanak yang mengalami disleksia akan keliru apabila cuba menghubungkan konsonan seperti b dan d. Dalam kajian ini, pengkaji merakam tindak balas gelombang otak terhadap dua siri bunyi. Kajian ini dijalankan ke atas bayi, dan beberapa tahun berikutnya kajian sekali lagi dilakukan ke atas bayi ini. Berdasarkan kajian ini didapati 80% kanak-kanak tersebut didapati telah menderita disleksia sejak dilahirkan lagi.












BAB 2
METODOLOGI

2.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data kajian. Aspek yang dibincangkan dalam bahagian ini termasuklan reka bentuk kajian, latar belakang subjek, tempat kajian dan alat kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang difikirkan oleh pengkaji dalam kajian ini, prosedur menjalankan kajian serta kaedah-kaedah penganalisaan data.

2.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam mengenalpasti kanak-kanak atau pelajar yang mempunyai ciri-ciri disleksia. Dalam kajian ini telah melaksanakan ujian secara langsung ke atas sampel-sampel kajian dengan meliputi ujian kemahiran, ujian pengetahuan, dan tahap keupayaan mental dan fizikal bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat. Kajian ini lebih mengutamakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen kajian.

2.3 Subjek Kajian
Subjek kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Subjek yang dipilih adalah dari kalangan kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 tahun dan 6 tahun yang terdiri daripada 3 orang kanak-kanak lelaki dan 3 orang kanak-kanak perempuan. Sampel kajian ini diambil berdasarkan persampelan secara rambang.
           
Kanak-kanak ini dipilih sebagai subjek kerana pada peringkat umur ini, masalah yang dihadapi tidak dapat dilihat secara kasar. Hal ini kerana kanak-kanak normal dan kanak-kanak yang mempunyai simptom disleksia adalah kelihatan sama. Oleh itu kajian yang dilakukan ke atas mereka boleh digunakan untuk membangunkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif.

 2.4      Tempat Kajian
Kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 tahun dan 6 tahun di tadika di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

2.2              Alat Kajian
Alat ujian yang akan digunakan adalah Dyslexia Early Screening Test melalui kaedah Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD), yang mempunyai 10 subujian. Ujian 1- menamakan dengan pantas, ujian 2- mencucuk manik, ujian 3- membeza bunyi, ujian 4- keseimbangan tubuh, ujian 5- mengenalpasti rima atau sebutan huruf pertama, ujian 6- span digit ke hadapan, ujian 7- menamakan angka, ujian 8- menamakan abjad atau huruf, ujian 9- turutan bunyi, dan ujian 10- menyalin bentuk berdasarkan contoh yang diberikan.















BAB 3
ANALISIS DATA

Cara Pemarkatan Diberikan Dalam Setiap Ujian

Ujian 1: Menamakan Dengan Pantas
Dalam ujian ini, mengkehendaki sampel untuk menamakan secara pantas 5 keping gambar yang ditunjukkan. Ujian ini bertujuan untuk mengaktifkan semula dan pengujaran berpandukan persepsi deria motor. Kejayaan ujian ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada sampel. Cara pemarkatan dikategorikan mengikut jumlah nama gambar yang betul, yang telah diberikan oleh sampel secara pantas iaitu dalam masa dua minit. Markat yang diberikan adalah seperti berikut :
Jadual 1
Bilangan Nama Gambar yang Betul              Markat yang Diberikan
                          5/5                                                          5
                          4/5                                                          4
                          3/5                                                          3
                          2/5                                                          2
                          1/5                                                          1
                          0/5                                                          0





Analisis sub-ujian 1:

Jadual 2
Kumpulan Statistik

Menamakan dengan pantas                   Bilangan (N)                  Min
Lelaki                                                            3                                3
Perempuan                                                    3                                2.67


Jadual 3
Ujian Sampel Bebas

Menamakan dengan pantas             Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      .016             1.00                   4.0
Andaian varian tak seimbang                                    1.00                   2.0


Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan  (t = 1.00, k < .05). Dapatan menunjukkan min menamakan dengan pantas bagi kanak-kanak lelaki (M = 3.00) lebih tinggi berbanding min menamakan dengan pantas kanak-kanak perempuan (M = 2.67). Oleh itu, hipotesis yang dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di terima.



Ujian 2: Mencucuk Manik
Dalam ujian ini mengkehendaki sampel untuk mencucuk manic yang mana memerlukan koordinasi mata dan motor halus. Dalam ujian ini pengkaji mengarahkan sampel untuk mencucuk manik yang diberikan pada tali tangsi yang telah disediakan. Manik yang digunakan terdiri daripada yang mempunyai diameter lubang yang sangat besar,   besar, sederhana besar, kecil, sederhana kecil dan sangat kecil. Cara pemarkatan dikategorikan mengikut saiz diameter lubang manik seperti berikut:
Jadual 4
    Saiz Diameter Lubang Manik                        Markat yang Diberikan
                 Sangat Besar                                                      1                                                      
                       Besar                                                            2                                       
                Sederhana Besar                                                  3                                                       
                       Kecil                                                             4                      
                Sederhana Kecil                                                  5
                  Sangat Kecil                                                      6                                                 

Analisis sub-ujian 2:

Jadual 5
Kumpulan Statistik

Mencucuk Manik                                  Bilangan (N)                     Min
Lelaki                                                            3                                2.33
Perempuan                                                    3                                3.00


Jadual 6
Ujian Sampel Bebas

Menamakan dengan pantas             Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      .016           -2.00                   4.0
Andaian varian tak seimbang                                  -2.00                   2.0


Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan  (t = -2.00, k < .05). Dapatan menunjukkan min mencuck manik bagi kanak-kanak lelaki (M = 2.33) lebih rendah berbanding min mencucuk manik kanak-kanak perempuan (M = 3.00). Oleh itu, hipotesis yang dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di terima.

Ujian 3: Membezakan Bunyi
Subujian 3 ini memfokuskan  kepada kemahiran pendengaranujian asas di peringkat awal persekolahan dan dikategorikan dalam bidang kemahiran prabacaan. Keupayaan dalam mengecam dan membezakan bunyi yang diperdengarkan sangat penting dalam konteks komunikasi. Sampel akan diperdengarkan dengan pelbagai bunyi antaranya bunyi hentakan kaki, bunyi lonceng, bunyi tepuk tangan, bunyi petikan jari dan bunyi orang bersiul. Cara permakatan diberikan adalah seperti berikut:



Jadual 7
Bilangan Menamakan Bunyi Yang Betul              Markat yang Diberikan
                                 5/5                                                          5
                                 4/5                                                          4
                                 3/5                                                          3
                                 2/5                                                          2
                                 1/5                                                          1
                                 0/5                                                          0

Analisis sub-ujian 3:
Jadual 8
Kumpulan Statistik

Membeza Bunyi                                   Bilangan (N)                  Min
Lelaki                                                            3                                2.67
Perempuan                                                    3                                3.00


Jadual 9
Ujian Sampel Bebas

Membeza Bunyi                                Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      .016             -1.00                   4.0
Andaian varian tak seimbang                                    -1.00                   2.0


Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan  (t = -1.00, k < .05). Dapatan menunjukkan min membeza bunyi bagi kanak-kanak lelaki (M = 2.67) lebih tinggi berbanding min membeza bunyi kanak-kanak perempuan (M = 3.00). Oleh itu, hipotesis yang dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di terima.

Ujian 4: Keseimbangan Tubuh
Dalam ujian ini, Pengkaji cuba untuk menguji keseimbangan tubuh dengan melihat tindakbalas yang dikaitkan dengan ketidaknormalan saraf cerebrum kanak-kanak yang berfungsi untuk mengawal keseimbangan (Nicolson et al. 1995). Kaseimbangan tubuh badan kanak-kanak menyukarkan proses mobilitinya. Pengkaji menguji keseimbangan tubuh sampel berdasarkan kebolehan kanak-kanak untuk membawa bola pingpong dalam sudu menggunakan mulut. Kanak-kanak diberi jarak sepanjang 50 meter untuk membawa bola pingpong dalam sudu dengan menggunakan mulut, sebanyak 3 kali setiap orang jika kanak-kanak tersebut berjaya mengharungi ujian ini dengan cemerlang maka keseimbangan tubuhnya adalah stabil. Cara pemarkatan ujian ini adalah seperti berikut:
Jadual 10
Bilangan Bola Yang Dibawa Tidak Jatuh             Markat yang Diberikan
                               3/3                                                          3                                                    
                               2/3                                                          2
                               1/3                                                          1
                               0/3                                                          0




Analisis sub-ujian 4:
Jadual 11
Kumpulan Statistik

Keseimbangan Tubuh                           Bilangan (N)                     Min
Lelaki                                                            3                                1.67
Perempuan                                                    3                                2.33


Jadual 12

Ujian Sampel Bebas

 Keseimbangan Tubuh                         Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      .148               -.894                  4.00
Andaian varian tak seimbang                                      -.894                   2.941

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan keseimbangan tubuh di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, (t = -.894, k > .05).  Dapatan menunjukkan min keseimbangan tubuh bagi kanak-kanak lelaki (M = 1.67) lebih rendah  berbanding min keseimbangan tubuh kanak-kanak perempuan (M = 2.33).  Meskipun terdapat perbezaan min yang ditunjukkan pada jadual tersebut, namun perbezaan min tersebut tidak berbeza secara signifikan.  Oleh itu, hipotesis yang telah dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di tolak..



Ujian 5: Mengenalpasti Rima/Sebutan Huruf Pertama
Subujian ini berfokus terhadap pengetahuan kanak-kanak terutama dalam subjek bahasa/par bacaan.  Kemahiran ini memerlukan latih tubi bagi mengatasi kelemahan tersebut.  Kemahiran ini berkait rapat dengan kemahiran pengamatan pendengaran. Kegagalan kanak-kanak mengenalpasti bunyi berkaitan dengan masalah ‘glue ear’ yang memerlukan pemeriksaan pakar perubatan Bradley dan Bryant (1983). Pengkaji menguji sampel dengan membacakan rima atau sebutan huruf pertama iaitu “ba, be, bi, bo, bu, ca, ce, ci, co, cu,da, de, di, do, du” sampel yang dapat mengulang semula  rima yang dibacakan oleh pengkaji akan diberi market seperti berikut :
Jadual 13
Bilangan Rima/Sebutan yang betul            Markat yang Diberikan
                       1 – 3                                                     1                                                                                 
                       4 – 6                                                     2                                      
                       7 – 9                                                     3                                 
                     10 – 12                                                   4                               
                     13 – 15                                                   5

Analisis sub-ujian 5:
Jadual 14
Kumpulan Statistik

Mengenalpasti Rima                            Bilangan (N)                     Min
Lelaki                                                            3                                2.33
Perempuan                                                    3                                1.67



Jadual 15
Ujian Sampel Bebas

 Mengenalpasti Rima                         Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      1.00              .707                  4.00
Andaian varian tak seimbang                                     .707                  4.00

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan keseimbangan tubuh di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, (t = .707, k > .05).  Dapatan menunjukkan min mengenalpasti rima bagi kanak-kanak lelaki (M = 2.33) lebih tinggi  berbanding min mengenalpasti rima bagi kanak-kanak perempuan (M = 1.67).  Meskipun terdapat perbezaan min yang ditunjukkan pada jadual tersebut, namun perbezaan min tersebut tidak berbeza secara signifikan.  Oleh itu, hipotesis yang telah dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di tolak..

Ujian 6: Span Digit Ke Hadapan
Kemahiran mengingat semula yang memerlukan asas pengetahuan mengenai nombor menjadi asas dalam subkajian ini. Kegagalan sampel mengenalpasti, mengecam, dan memahami nilai nombor yang diajar akan mengganggu penguasaan dalam subkajian ini. Dalam kajian ini pengkaji mengkehendaki sampel untuk menyebut nombor dari 1 – 10. Pengkaji akan menandakan kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh sampel. Cara pemarkatannya adalah seperti berikut:

Jadual 16
Bilangan Kesilapan Span Digit Yang Dilakukan  Markat yang Diberikan
                               0 – 2                                                        4                                                                                          
                               3 – 5                                                        3                                     
                               6 – 8                                                        2                                        
                              9 – 10                                                       1                                         

Analisis sub-ujian 6:
Jadual 17
Ujian Sampel Bebas

Span Digit Ke Hadapan                    Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      .561               1.00                  4.00
Andaian varian tak seimbang                                      1.00                  3.20

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan span digit ke hadapan di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, (t = 1.00, k > .05).  Dapatan menunjukkan min span digit ke hadapan bagi kanak-kanak lelaki (M = 2.00) lebih tinggi  berbanding min span digit ke hadapan bagi kanak-kanak perempuan (M = 1.33).  Meskipun terdapat perbezaan min yang ditunjukkan pada jadual tersebut, namun perbezaan min tersebut tidak berbeza secara signifikan.  Oleh itu, hipotesis yang telah dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di tolak.



Ujian 7: Menamakan Angka
Subujian ini memfokuskan kepada pengetahuan menamakan angka, symbol abstrak yang bernilai dalam nombor. Keupayaan kanak-kanak dalam menamakan angka disokong oleh kemantapan pengetahuan yang telah didedahkan dan bahasa yng dijadikan pengantara dalam mengujarkannya. Sebagai contohnya pengkaji melakarkan beberapa keping gambar mimik muka manusia seperti sedih (1), marah (2), gembira (3), terkejut (4), bimbang (5) dan ketawa (6). Setiap keeping gambar tersebut telah di labelkan dengan huruf 1 – 6. Kanak-kanak akan di uji dengan melihat kekerapan kesalahan dalam menyebut nombor untuk memberi maksud apa yang disebut oleh pengkaji. Contohnya pengkaji menyebut manyebut perkataan marah maka sampel akan memberi jawapan dalam bentuk nombor iaitu 2. Cara pemarkatan adalah seperti berikut:
Jadual 18
Bilangan Kesilapan Menamakan Angka               Markat yang Diberikan
                                0                                                               6
                                1                                                               5
                                2                                                               4
                                3                                                               3
                                4                                                               2
                                5                                                               1
                                6                                                               0




Analisis sub-ujian 7:
Jadual 19
Kumpulan Statistik

Menamakan Angka                               Bilangan (N)                     Min
Lelaki                                                            3                                2.00
Perempuan                                                    3                                1.33


Jadual 20
Ujian Sampel Bebas

Menamakan Angka                            Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      .561               1.00                  4.00
Andaian varian tak seimbang                                      1.00                  3.20

Terdapat perbezaan menamakan angka di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, (t = 1.00, k > .05).  Dapatan menunjukkan min menamakan angka bagi kanak-kanak lelaki (M = 2.00) lebih tinggi  berbanding min menamakan angka bagi kanak-kanak perempuan (M = 1.33).  Meskipun terdapat perbezaan min yang ditunjukkan pada jadual tersebut, namun perbezaan min tersebut tidak berbeza secara signifikan.  Oleh itu, hipotesis yang telah dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di terima.

Ujian 8: Menamakan Abjad/ Huruf
Pengetahuan dalam menamakan abjad/huruf dalam subujian 8 juga adalah sama dalam subujian 7 yang memerlukan kanak-kanak diberi pendedahan terlebih dahulu sebelum mereka boleh menguasai pengetahuan ini.  Baumer dan Bernice (1998) menyarankan agar kank-knak diberhentikan segera semasa membaca dan dibantu mengenalpasti huruf yang terkeliru seperti ‘b’ dan ‘d’ yang sering mengganggu sebutan lancar kanak-kanak.  Sampel di minta untuk membaca buku cerita yang mempunyai ilustrasi gambar yang mengndungi 3 helaian muka surat. Pengkaji akan mengira kekerapan kekeliruan huruf atau abjad yang berlaku ke atas sampel sepanjang membaca buku tersebut. Cara pemarkatan adalah seperti berikut:
Jadual 21
Bilangan Kesilapan Abjad/Huruf                          Markat yang Diberikan
                      0 – 5                                                                  4
                     6 – 10                                                                 3
                    11 – 15                                                                2
                    16 – 20                                                                1

Analisis sub-ujian 8:
Jadual 22
Kumpulan Statistik

Menamakan Huruf                                 Bilangan (N)                     Min
Lelaki                                                            3                                1.67
Perempuan                                                    3                                2.00


Jadual 23
Ujian Sampel Bebas

Menamakan Huruf                             Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                      .561               -.50                  4.00
Andaian varian tak seimbang                                      -.50                  3.20

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan menamakan huruf di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, (t = -.50, k > .05).  Dapatan menunjukkan min span digit ke hadapan bagi kanak-kanak lelaki (M = 1.67) lebih rendah  berbanding min span digit ke hadapan bagi kanak-kanak perempuan (M = 2.00).  Oleh itu, hipotesis yang dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di tolak.

Ujian 9: Turutan Bunyi
Subujian 9 melibatkan deria-deria sampel dalam mengamati bunyi yang diperdengarkan. Kegagalan sampel dalam ujian ini memerlukan pemeriksaan lanjut dalam ujian pendengaran. Sekiranya, perlu dirujuk kepada pakar audiologi bagi pemeriksaan tahap boleh dengar mereka. Pengkaji akan membunyikan piano dan membunyikan irama “do, re, mi, fa, so, la, ti, do”. Kanak-kanak akan diarahkan menyebut bunyi tersebut sebanyak 5 kali. Jika sepanjang 5 kali itu tiada kesilapan turutan sebutan bunyi maka pelajar tersebut adalah cemerlang. Cara pemarkatan diberikan adalah seperti berikut:
Jadual 24
Bilangan Sebutan Turutan Bunyi yang salah        Markat yang Diberikan
                          5/5                                                          0
                          4/5                                                          1
                          3/5                                                          2
                          2/5                                                          3
                          1/5                                                          4
                          0/5                                                          5
Analisis sub-ujian 9:
Jadual 25
Kumpulan Statistik

Turutan Bunyi                                       Bilangan (N)                     Min
Lelaki                                                            3                                2.33
Perempuan                                                    3                                1.00


Jadual 26
Ujian Sampel Bebas

 Turutan Bunyi                                    Signifikan           t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                       .016               4.00                  4.00
Andaian varian tak seimbang                                       4.00                  2.00

Tidak terdapat perbezaan turutan bunyi di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, (t = 4.00, k < .05).  Dapatan menunjukkan min turutan bunyi bagi kanak-kanak lelaki (M = 2.33) lebih tinggi  berbanding min turutan bunyi bagi kanak-kanak perempuan (M = 1.00).  Oleh itu, hipotesis yang telah dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di terima.

Subujian 10: Menyalin Bentuk Berdasarkan Contoh yang Diberi
Subujian 10 ini melengkapkan set ujian secara keseluruhan. Kanak-kanak bersimptom disleksia sering dikaitkan dengan kelemahan motor halus seperti memegang pensil  dan ini akan menghasilkan salinan yang lemah dan tidak tepat. Subujian ini menentukan keupayaan kanak-kanak dalam motor halus ketika aktiviti menyalin semula bentuk geometri. Pemarkatan yang digunakan untuk menganalisis sampel dengan mengarahkan sampel menyalin bentuk geometri rama-rama. Cara pemarkatan adalah seperti berikut:
Jadual 27
     Bentuk Geometri Rama-rama                    Markat yang Diberikan
     Tidak mempunyai persamaan langsung                     0                                     
     Mempunyai persamaan yang sederhana                     1                                        
     Bentuk yang mempunyai persamaan                          2

Analisis sub-ujian:
Jadual 28
Kumpulan Statistik

Menyalin Bentuk Berdasarkan Contoh     Bilangan (N)                     Min
Lelaki                                                                 3                                2.33
Perempuan                                                         3                                1.67


Jadual 29
Ujian Sampel Bebas

Menyalin Bentuk Berdasarkan Contoh    Signifikan       t           Darjah Kebebasan
Andaian varian seimbang                            1.00           1.414                  4.00
Andaian varian tak seimbang                                        1.414                  4.00

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan menyalin bentuk berdasarkan contoh di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, (t = 1.414, k > .05).  Dapatan menunjukkan min menyalin bentuk berdasarkan contoh bagi kanak-kanak lelaki (M = 2.33) lebih tinggi  berbanding min menyalin bentuk berdasarkan contoh bagi kanak-kanak perempuan (M = 1.67).  Meskipun terdapat perbezaan min yang ditunjukkan pada jadual tersebut, namun perbezaan min tersebut tidak berbeza secara signifikan.  Oleh itu, hipotesis yang telah dibina iaitu kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami simptom disleksia daripada kanak-kanak perempuan di tolak.



















BAB 4
 PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan keputusan-keputusan yang diperolehi dalam kajian ini. Perbincangan dalam bab ini adalah bertumpu kepada hipotesis-hipotesis dalam kajian ini. Secara umumnya, perbincangan kajian ini dibahagikan kepada perbincangan dan rumusan hasil kajian.  

4.2 Perbincangan hasil kajian
Ujian bagi mengesan risiko simptom disleksia mempunyai 10 subujian yang menguji pelbagai kemahiran seperti kemahiran, keupyaan dan pengetahuan. Setiap ujian mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang menymbang kepada keputusan. Misalnya kanak-kanak gagal dalam menguasai subujian 8 (menamakan huruf), ini secara tidak tidak langsung menjejaskan pencapaian dalam subujian 5 (mengenalpasti rima/ sebutan huruf pertama). Subujian 3 (membeza bunyi) juga mempunyai perkaitan dengan subujian 9 (turutan bunyi). Ini juga memberi kesan praktis kepada kanak-kanak kerana penggunaan bunyi yang sama.

            Berdasarkan 10 subujian tersebut, didapati beberapa 10 subujian tersebut kanak-kanak lelaki boleh melakukan lebih daripada kanak-kanak perempuan. Antara 10 subujian tersebut adalah subujian 4 (seimbang tubuh), subujian 5 (kenal rima), subujian 6 (span digit), subujian 7 (menamakan angka), subujian 8 (menamakan huruf), dan subujian 10 (menyalin semula objek). Manakala kanak-kanak perempuan boleh melakukan lebih daripada kanak-kanak lelaki bagi subujian 1 (menamakan pantas), subujian 2 (mencucuk manik), subujian 3 (membeza bunyi) dan subujian 9 (turutan bunyi).

            Bagi subujian 1 iaitu menamakan dengan pantas didapati terdapat perbezaan yang signifikan dimana kanak-kanak lelaki gagal melaksanakan ujian tersebut. Namun begitu perkaitan antara satu ujian dengan ujian yang lain mempengaruhi keputusan. Ini bermakna kegagalan sampel melaksanakan ujian bukan bermakna mereka berisiko mempunyai simptom disleksia. Hal ini kerana ini merupakan keputusan satu dari 10 subujian yang sedia ada.

            Subujian satu dan juga subujian 8 juga mempunyai perkaitan. Kegagalan melaksanakan salah satu ujian adalah saling mempengaruhi. Bagi subujian menamakan huruf kanak-kanak lelaki kurang melakukan dengan baik. Hal ini kerana mungkin disebabkan huruf yang diberikan tidak mengikut turutan. Ini menyukarkan sampel kerana mereka telah diberikan didikan melalui kaedah penghafalan a-z. Kemungkinan lain adalah mungkin disebabkan mempunyai kelemahan dalam menghafal. Oleh itu mereka tidak dapat menyatakan dengan baik.

                        The Phonological Theory yang menyatakan bahawa sukar bagi penghidap disleksia untuk menghubungkan bunyi dan simbol dalam pembacaan dan ejaan adalah diterima. Hal ini kerana berdasarkan dapatan kajian kanak-kanak agak sukar dalam menyatakan huruf dengan baikdan mereka juga agak keliru dalam menentukan jenis-jenis bunyi yang didengar.

Bagi subujian 10 pula iaitu menyalin objek semula, kanak-kanak lelaki lemah mungkin disebabkan sikap mereka yang lebih meminati aktiviti yang lasak seperti berlari, melompat dan sebagainya berbanding aktiviti yang melibatkan penumpuan. Oleh itu mereka mempunyai keseimbangan tubuh yang bagus berbanding kanak-kanak perempuan. Oleh itu hipotesis yang menyatakan kanak-kanak lelaki mengalami simptom disleksia adalah ditolak.

            Berdasarkan ujian yang dijalankan didapati hipotesis yang menyatakan kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk mengalami risiko simptom disleksia adalah ditolak. Hal ini kerana berdasarkan dapatan mereka dapat melakukan kebanyakan subujian tersebut. Secara konklusinya bagi kanak-kanak yang mengalami simptom disleksia sering dikaitkan dengan masalah deria. Pendengaran merupakan deria yang sering dikatakan sebagai kekuatan bagi kanak-kanak disleksia. Mereka memrlukan rawatan dan latihan yang terbaik. Kegagalan kanak-kanak dalam mengenalpasti rima disebabkan maslah pendengaran memerlukan pemeriksaan pakar perubatan (Lynnette et al. 1983).

4.3 Rumusan perbincangan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kanak-kanak lelaki dikatakan tidak mengalami risiko simptom yang tinggi. Kegagalan mereka melaksanakan ujian adalah mungkin disebabkan karakter kanak-kanak lelaki itu sendiri yang lebih menyukai aktiviti lasak atau aktiviti yang tidak memerlukan tahap tumpuan yang tinggi.

            Oleh itu bagi memastikan kanak-kanak ini mampu melakukan tugas dengan jayanya, mereka perlu diberi latihan dan sokongan. Pendidik perlu berusaha untuk memastikan mereka berminat aktiviti yang memerlukan penumpuan yang tinggi (menulis, melukis, membaca). Ini boleh dilakukan dengan melakukan aktiviyi-aktiviti yang menarik dan mudah diterima. Cara ini dapat membantu mereka lebih berminat dan fokus terhadap pembelajaran seperti menulis, membaca dan sebagainya.



















BAB 5
KESIMPULAN

5.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan rumusan hasil yang diperolehi. Terdapat dua perkara utama yang dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan kajian yang merangkumi bab 1 hingga bab 4 dan bahagian yang kedua merangkumi implikasi, masalah, limitasi, pendapat dan pandangan pengkaji terhadap hasil kajian yang diterangkan dalam bahagian ini.

5.2 Rumusan Kajian
Seperti yang diketahui, disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran. Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar.
Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak.

             Jika dahulu, masyarakat kurang diberi pendedahan mengenainya, namun sekarang ia semakin mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Media-media elektronik dan media cetak turut menyumbang dalam memberi maklumat mengenai disleksia. Para ibu bapa juga turut memberi  perhatia tentang masalah pembelajaran ini.
            Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah disleksia pada peringkat awal. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat membantu dalam menentukan strategi yang sesuai. Strategi yang sesuai ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia untuk lebih berjaya dalam kehidupan seperti insan normal lain. Kewujudan persatuan-persatuan yang berkaitan seperti Persatuan Disleksia Malaysia telah memberi ruang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia agar mempunyai masa depan yang lebih berjaya dan mampu untuk berdikari dengan sendirinya.

5.3 Implikasi kajian
Melalui kajian ini pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai symptom risiko disleksia agar dapat menangani masalah yang dihadapi. Hal ini seterusnya membantu kanak-kanak untuk menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Akhirnya akan membentuk generasi akan dating yang tinggi pengetahuan dan menjadi pelapis Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Keputusan kajian telah mendapati sindrom disleksi tidak semestinya dihadapi kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus diberikan bantuan dan sokongan. Oleh itu ujian yang digunakan untuk mengenalpasti symptom disleksia boleh diaplikasi dalam ujian seterusnya. Dengan pengenalpastian ini, langkah-langkah pada peringkat awal dapat dilakukan bagi membentuk kanak-kanak yang menguasai pembelajaran dan pengajaran yang diberikan.


5.4 Masalah Kajian
Semasa kajian dijalankan, kanak-kanak sukar untuk memberikan kerjasama . hal ini kerana responden kami hanya berumur 6 tahun yang mana tumpuan banyak diberikan kepada sesuatu yang baru seperti laptop. Mereka banyak memberikan penumpuan untuk ‘bermain’ atau mengusik laptop tersebut.

5.5 Limitasi Kajian
Pengkaji telah mengenalpasti beberapa limitasi yang wujud dalam kajian ini. Kami hanya mengambil kanak-kanak yang berumur 6 tahun sebagai responden. perkembangan individu adalah tidak sama tetapi kita boleh menjangkakan tumbesran tersebut.

            Hal ini berlaku pada kanak-kanak ini. Ada yang mempunyai kelebihan tertentu yang boleh digunakan untuk menjalankan ujian yang dibuat. Oleh itu ketidakbolehan mereka untuk melakukan ujian tersebut tidak boleh secara automatic mereka dikatakan bersimptom
5.6 Cadangan Kajian
Beberapa cadangan telah dikenalpasti berdasarkan limitasi yang wujud. Antaranya adalah pengkaji pada masa hadapan seharusnya menggunakan lebih ramai responden untu memastikan dapatan kajian lebih sahih. Ini kerana responden yang digunakan merupakan wakil populasi, maka dapatan yang diperolehi tidak akan berlaku bias.   

5.6 Penutup
Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia diharap menjadi penyumbang kearah kualiti perancangan pendidikan. Ini bagi memastikan kanak-kanak tersebut boleh dilatih dan dididik menjadi individu yang berjaya dan boleh menjadi penyumbang pada masa hadapan.

            Selain itu pelbagai pihak seharusnya memainkan peranan penting memantau kelebihan dan kekurangan dalam tumbesaran anak. Ini bagi mematikan kita dapat menilai masalah yang dihadapi. Kita juga boleh meberikan didikan dan perhatian yang cukup bagi melahirkan kanak-kanak yang berkualiti dan mencapai inspirasi masa depannya melalui pendidikan berkualiti yang diberikan.











RUJUKAN

Huffman, K., (2007). Psychology in Action. (8th Ed.). John Wiley & Sons : USA

Harwood, R., Miller, A.S. & Vasta, R., (2008). Child Psychology: Development in a Changing             Society. (5th Ed.). John Wiley & Sons : USA.

Jamila K.A Mohamad (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. (3rd Ed.). PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. : Selangor.

Mohd. Sharani Ahmad (2007). Psikologi Kanak-Kanak. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd :Selangor.




No comments:

Post a Comment